TAJUK: JOM TANGKAP ORANG
UPSI, Tg. Malim: Pada 22 April 2009 bersamaan dengan hari Rabu, 'W' dan 'F' bukan nama sebenar telah dikenakan waran tangkap gambar oleh seorang Photographer terkenal kira-kira pada jam 2.15 petang semalam.
W dan F, 21, dituduh melakukan kesalahan ditangkap gambar yang disengajakan oleh seorang Photographer yang hanya mahu dikenali sebagai 'Q' bukan nama sebenar. Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Photography Tanjung Malim yang boleh membawa kepada hukuman denda maksimum mengemop jalan raya UPSI atau membelikan DSLR camera kepada Photographer yang telah menangkap gambar mereka tau kedua-duanya sekali.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai 'F' menutup wajahnya sambil senyum2 (macam suke lak..hohoho) semasa wartawan mengambil gambarnya di tempat kejadian..
Atas kesalahan ini, Hakim telah membuat sebutan bagi kes permohonan pelepasan pelaku daripada denda mengemop jalan raya tetapi denda yang kedua tetap perlu dipatuhi oleh kedua-dua pelaku.
Perbuatan membawa padah..tau pun malu!!! takyah la tutup muka...
(Peringatan: Cerita hanya lah rekaan sehidung-hidung (selama ni gune semata-mata..skg, ubah pula..zaman moden..hahaha) dan tiada kaitan ma yang idup mahupun yg kejang, koma atau pun yg berada di bawah 6 kaki..Sebenarnya, gambar juga hanyala hiasan sehidung-hidung. Photographer merangkap wartawan dan pembaca berita serta penterjemah dalam bentuk sign language telah didakwa kerana memberi laporan palsu kepada pihak pemerah susu lembu)
p/s: aku pun tida tau pa sa tulis ni geng..buring2 gila2 ba ni..adoiii na..teda makna tul...yg penting Man..Sa mmg PHOTOHOLIC..hahaha
oleh itu, sebuah hari yang penuh dengan gelak tawa dan senggol-senggolan telah menjadi semakin cerah apabila seorang model jarak jauh telah di 'caught in action'...
Ini lah aksi kanak-kanak Ribena yang sangatlah riang gumbira sambil menggendong botol air di lehernya...hekhekhek..
'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'



0 Comments:
Post a Comment